Tuesday 28 August 2012

PERSIAPAN TERAKHIR PESERTA-PESERTA PBL

Peserta-peserta PBL peringkat SK Undang Jelebu sedang sibuk menyiapkan tugas-tugas terakhir mereka sebelum pertandingan peringkat sekolah berlangsung pada 39 Ogos 2012. Pertandingan tersebut akan menemukan 9 kumpulan yang terdiri dari pelajar-pelajar tahun 4 dan 5. Mereka ini adalah ahli-ahli Briged Bestari SK Undang Jelebu.

Project Based Learning ini telah bermula sejak sebulan yang lalu. Dibawah penyeliaan Cikgu Shahrizan, mereka memulakan projek dengan mencari bahan-bahan dan sebagainya. Kemudian semua bahan-bahan tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk persembahan power point. Dalam usia semuda ini, mereka telah menunjukkan bakat menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik sesuai dengan umur mereka

Monday 9 July 2012

SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke Laman Blog "Project Based Learning" SK Undang Jelebu. Projek ini adalah untuk untuk memperkenalkan tentang salah satu cara untuk pembelajaran yang diperkenalkan oleh Pusat Kegiatan Guru