Tuesday 28 August 2012

PERSIAPAN TERAKHIR PESERTA-PESERTA PBL

Peserta-peserta PBL peringkat SK Undang Jelebu sedang sibuk menyiapkan tugas-tugas terakhir mereka sebelum pertandingan peringkat sekolah berlangsung pada 39 Ogos 2012. Pertandingan tersebut akan menemukan 9 kumpulan yang terdiri dari pelajar-pelajar tahun 4 dan 5. Mereka ini adalah ahli-ahli Briged Bestari SK Undang Jelebu.

Project Based Learning ini telah bermula sejak sebulan yang lalu. Dibawah penyeliaan Cikgu Shahrizan, mereka memulakan projek dengan mencari bahan-bahan dan sebagainya. Kemudian semua bahan-bahan tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk persembahan power point. Dalam usia semuda ini, mereka telah menunjukkan bakat menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik sesuai dengan umur mereka

No comments:

Post a Comment